Jumaat, 11 Oktober 2019

Software Engineering di UPSI

     Assalamualaikum semua... Hari ini saya nak bercerita pasal first impression pasal software engineering kat UPSI ni. Masa first saya isi di upu untuk apply degree, saya ingatkan software engineering di UPSI ini dia ke arah pendidikan, rupanya tidak. Nama program ini ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan kepujian. Contohnya kalau dia beritahu di hadapan Ijazah Sarjana Muda (ISM) itu ada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) barulah dia ke arah pendidikan. Pertama kali memang kecewalah tapi lama-lama rasa okay. Saya tetap akan teruskan pilihan yang diambil ini kerana ada seorang lecturer ni beritahu kalau sambung master for 1 and 1/2 year kita still boleh jadi tenaga pelajar and kalau nak tukar kos pun, ia akan ambil masa yang terlalu panjang dan kemungkinan untuk saya graduate lama lagi daripada coursemate batch saya tinggi. *yang ni edit masa dah habis : selepas belajar lama-lama, rasa dah tak nak ambil ke arah mengajar sebab seronok sangat buat pembangunan aplikasi, website dan macam-macam lagi.*

     Sekarang nak cakap pula pasal program ni, korang nak tahu tak apa yang first thing setiap pensyarah saya cakap apa? "Subjek ni susah, ramai orang repeat". Terkejut sangat bila kebanyakan pensyarah cakap macam tu. Perasaan tu rasa macam baik tak perlu ambil kos ni kan, tapi still teruskan kerana pada logiknya hanya 1 ke 2 senior sahaja yang ada dalam kelas-kelas saya pada masa tu yang repeat, selebihnya adalah coursemate batch saya dan senior yang ambil minor subjek tu.

Pada mulanya saya fikir susah juga tapi selepas belajar setiap subjek, ia sangat menyeronokkan, pada sem 1 ni saya just ada 6 subjek sahaja tapi saya tambah lagi dua untuk mengisi masa lapang.

Subjek-subjeknya hanya memerlukan kefahaman, bila dah faham tak perlu hafal pun. Kalau korang dari Matrik modul 2 dan modul 3 untuk buat coding akan lebih senang kerana kebanyakan korang dah belajar just ubah-ubah sikit. Saya dulu dekat matrik belajar java tapi sekarang tukar c++ tapi saya masih boleh catch up sebab dia hampir sama je, dan bila korang dah masuk ke sem 3 korang  still akan belajar java balik.

Pensyarah-pensyarah di sini juga sangat supportive and enjoy. Memang mula-mula rasa susah sikit sebab pensyarah gunakan bahasa inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka still akan terangkan dalam bahasa melayu dan bagi saya ia sangat membantu. Lama kelamaan walaupun bahasa inggeris saya yang asal-asal memang dah KO sekarang nie rasa lebih mudah faham bila lecturer terangkan dalam bahasa inggeris sebab dah terbiasa.

Pembelajaran yang berlangsung juga bukan sahaja berdasarkan teori malah turut mempunyai praktikal. Ada sekali tu, memang terkapai-kapai rasa buat coding kat lab pada bab-bab tertentu tetapi alhamdulillah, lecturer saya masa tu bantu satu-satu dan tunjuk apa yang salah dan apa yang betul. Termasuk juga masa belajar komponen-komponen komputer. Secara jujurnya, saya ni memang tak pandai langsung bab hardware komputer ni, tetapi mentor(senior) kami buka satu-satu komponen dan bagitau apa function dia dan part mana nak letak that komponen.

Masa sem satu pun saya dan rakan-rakan ada buat inovasi, memang sangat menarik. Pelbagai rekaan yang menarik dibina walaupun batch kami ni pada masa tu hanya sem 1. Kalau nak bincang dengan pensyarah pun boleh je, tapi kena pastikan bagitahu dia awal-awal sebelum pergi ke bilik mereka, kalau tak takut mereka tak ada sebab sibuk dengan kerja. Tapi kalau dah bagitahu nak jumpa, memang kebanyakan pensyarah okay je.

Hari demi hari berlalu, alhamdulillah saya dapat catch up masa sem first tu, pesan saya adalah keep positive thinking dan fikir benda yang susah itu mudah kerana nanti ia akan menjadi betul-betul senang.

Okaylah itu sahaja yang saya ingin sampaikan kat korang harini, Assalamualaikum warahmatullah... semoga berjumpa di lain hari.