Jumaat, 11 Oktober 2019

Software Engineering di UPSI

     Assalamualaikum semua... Hari ini saya nak bercerita pasal first impression pasal software engineering kat UPSI ni. Masa first saya isi di upu untuk apply degree, saya ingatkan software engineering di UPSI ini dia ke arah pendidikan, rupanya tidak. Nama program ini ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan kepujian. Contohnya kalau dia beritahu di hadapan Ijazah Sarjana Muda (ISM) itu ada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) barulah dia ke arah pendidikan. Pertama kali memang kecewalah tapi lama-lama rasa okay. Saya tetap akan teruskan pilihan yang diambil ini kerana ada seorang lecturer ni beritahu kalau sambung master for 1 and 1/2 year kita still boleh jadi tenaga pelajar and kalau nak tukar kos pun, ia akan ambil masa yang terlalu panjang dan kemungkinan untuk saya graduate lama lagi daripada coursemate batch saya tinggi. *yang ni edit masa dah habis : selepas belajar lama-lama, rasa dah tak nak ambil ke arah mengajar sebab seronok sangat buat pembangunan aplikasi, website dan macam-macam lagi.*

     Sekarang nak cakap pula pasal program ni, korang nak tahu tak apa yang first thing setiap pensyarah saya cakap apa? "Subjek ni susah, ramai orang repeat". Terkejut sangat bila kebanyakan pensyarah cakap macam tu. Perasaan tu rasa macam baik tak perlu ambil kos ni kan, tapi still teruskan kerana pada logiknya hanya 1 ke 2 senior sahaja yang ada dalam kelas-kelas saya pada masa tu yang repeat, selebihnya adalah coursemate batch saya dan senior yang ambil minor subjek tu.

Pada mulanya saya fikir susah juga tapi selepas belajar setiap subjek, ia sangat menyeronokkan, pada sem 1 ni saya just ada 6 subjek sahaja tapi saya tambah lagi dua untuk mengisi masa lapang.

Subjek-subjeknya hanya memerlukan kefahaman, bila dah faham tak perlu hafal pun. Kalau korang dari Matrik modul 2 dan modul 3 untuk buat coding akan lebih senang kerana kebanyakan korang dah belajar just ubah-ubah sikit. Saya dulu dekat matrik belajar java tapi sekarang tukar c++ tapi saya masih boleh catch up sebab dia hampir sama je, dan bila korang dah masuk ke sem 3 korang  still akan belajar java balik.

Pensyarah-pensyarah di sini juga sangat supportive and enjoy. Memang mula-mula rasa susah sikit sebab pensyarah gunakan bahasa inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka still akan terangkan dalam bahasa melayu dan bagi saya ia sangat membantu. Lama kelamaan walaupun bahasa inggeris saya yang asal-asal memang dah KO sekarang nie rasa lebih mudah faham bila lecturer terangkan dalam bahasa inggeris sebab dah terbiasa.

Pembelajaran yang berlangsung juga bukan sahaja berdasarkan teori malah turut mempunyai praktikal. Ada sekali tu, memang terkapai-kapai rasa buat coding kat lab pada bab-bab tertentu tetapi alhamdulillah, lecturer saya masa tu bantu satu-satu dan tunjuk apa yang salah dan apa yang betul. Termasuk juga masa belajar komponen-komponen komputer. Secara jujurnya, saya ni memang tak pandai langsung bab hardware komputer ni, tetapi mentor(senior) kami buka satu-satu komponen dan bagitau apa function dia dan part mana nak letak that komponen.

Masa sem satu pun saya dan rakan-rakan ada buat inovasi, memang sangat menarik. Pelbagai rekaan yang menarik dibina walaupun batch kami ni pada masa tu hanya sem 1. Kalau nak bincang dengan pensyarah pun boleh je, tapi kena pastikan bagitahu dia awal-awal sebelum pergi ke bilik mereka, kalau tak takut mereka tak ada sebab sibuk dengan kerja. Tapi kalau dah bagitahu nak jumpa, memang kebanyakan pensyarah okay je.

Hari demi hari berlalu, alhamdulillah saya dapat catch up masa sem first tu, pesan saya adalah keep positive thinking dan fikir benda yang susah itu mudah kerana nanti ia akan menjadi betul-betul senang.

Okaylah itu sahaja yang saya ingin sampaikan kat korang harini, Assalamualaikum warahmatullah... semoga berjumpa di lain hari.

35 ulasan:

  1. Mahu tahu lebih lanjut tentang 4 tahun setengah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pasti untuk Universiti lain tapi untuk UPSI saya diberitahu bahawa hanya pada semester 2 ke atas boleh tukar kos dan penukaran kos itu pada semester seterusnya bukan semester semasa, jika awak sudah ambil subjek dari kos yang lama apabila awak tukar kos, awak tidak perlu ambil subjek itu semula

      Padam
    2. Maaf saya tak faham ayatnya. Maksudnya, kalau kita rasa kita tak boleh go dgn course SE dkt upsi, then kita boleh tukar course lain? Boleh ke? Contoh tiba2 tukar komunikasi

      Padam
  2. saya nak tanya, ada x kawan2 admin yg tak pernah amik subjek komputer tapi dia dapat kos ni? apa kata mereka? bagi meraka susah ke course ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada saje yang tak ambil subjek komputer ambil kos ni semasa batch saya, ada kawan semasa matrik beliau ambil kos perakaunan skrg ambil software. Nanti masuk universiti pensyarah akan ajar satu per satu dari awal basic

      Padam
  3. saya dari modul 1 tapi ade dlm list yg nk apply agak2 boleh x bwk???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah boleh, bila masuk universiti nanti pensyarah-pensyarah akan ajar satu persatu subjek tersebut dari basic.

      Padam
  4. hello,saya nak tanya, program ini takde kaitan langsung dgn pendidikan ya? maksudnya dia sama mcm program software engineering kat uniersiti lain ya? sbb kat nama program ada (perisian pendidikan) so agak confuse......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tiada kaitan langsung dengan pendidikan. Cumanya jika awak ingin jadi guru kena ambil diploma pendidikan atau sambung ambil master. Ada juga yang boleh jadi guru jika terdapat kekosongan tetapi untuk jadi guru tu peluang tipis sebab software engineering di upsi ini bukan aliran pendidikan. Dengan kata lain, boleh jadi guru atas rezeki. Di upsi ini juga, berbanding dengan pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang lain pelajar software engineering perlu mengambil sesetengah subjek yang diajar kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) juga. Contohnya untuk subjek pendidikan A perlu diambil oleh pelajar ISMP dan ISM yang lain tidak perlu ambil subjek tersebut tetapi ISM software engineering perlu ambil.

      Padam
  5. lagi satu... saya nak tanya, biasanya pensyarah ajar guna bahasa melayu or inggeris?

    BalasPadam
  6. Biasanya pensyarah akan mengajar dalam bahasa Inggeris jika terdapat international student di dalam kelas tetapi jangan risau kerana pensyarah akan terangkan isi-isi di dalam bahasa melayu juga.

    BalasPadam
  7. Ada kena ambik ujian MEDSI tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) tidak perlu ambil ujian MEDSI

      Padam
  8. Boleh bertanya.. Apakah kelayakan yg sesuai untuk ambil courses ni ya? If stpm sy ambik subjek ict tp bkn dri aliran sains, boleh tk apply? Tqvm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sahaja ambil course ni kalau awak minat, ada kawan saya bukan dari aliran sains boleh ambil course nie

      Padam
  9. salam , saya dri matriks engineering , dan saya langsung tiada pengetahuan ttg komputer ni , agak2 boleh bawak ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kawan saya dari matrik kos akaun, sekarang nie alhamdulillah dia boleh catch up dalam semua subjek komputer.

      Padam
  10. Hai admin,
    saya nak tanya, laluan kerjaya apa yang memerlukan bidang ini ya?
    maksudnya nanti graduate boleh jadi apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak jugak laluan kerjaya untuk course nie, yang pertama semestinya software engineer, awak jugak boleh jadi software tester, developer, boleh jugak menceburi bidang cyber security kalau awak minat benda-benda yang mencabar.

      Padam
  11. Hai boleh ke saya nak notes awak time sem1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, minta maaf... note2 sem 1 yang ada pada saya hanyalah dalam bentuk buku-buku fizikal sahaja. Untuk sem2 seterusnya baru ada yang dalam bentuk maya.

      Padam
  12. so basically SE di upsi ni sama macam uni lain lah yang ada SE. Jadi bolehlah ya, kalau kita nak kerja SE lepas graduate nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sama sahaja, cumanya tambahan dekat UPSI nie special dia tambah subjek pendidikan. Walaupun keluar nanti bukan jadi cikgu tapi ada asas-asas pendidikan yang diterapkan di dalam course nie.

      Padam
  13. Anak saya lulusan fakulti ini di UPSI.Belum sempat konvo sudah dapat kerja di PNB.Belum pun setahun disitu,lompat pula ke Pertonas.Kawan kawannya pun begitu.Ketika orang lain sukar dapat kerja,mereka pula boleh pilih pilih offer.Graduan bidang ini memang laku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang betul tuan/puan... sebab dalam bidang ni, pekerjaan luas sangat. yang penting masa nak graduate tu kena jaga pointer memang akan mudah dapat.

      Padam
  14. Bolehkah pljr ism ubah course ke ismp? Atau ism ke ism je? Dn xblh ubh ke ismp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk soalan ini saya kurang kepastian kerana syarat untuk layak ismp adalah lulus medsi dan iv. Awak boleh ajukan soalan ini ke fakulti awak untuk jawapan yang lebih jelas.

      Padam
  15. nak tanya kalau kat matrik dah belajar akaun tapi in degree ni nak tukar ke software engineering okay ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, kawan saya dulu ambil Kos akaun masa matrik... sekarang dia ambil Kos software engineering masa degree... masa mula² dia kata struggle sikit tapi masa awal² sem satu je, sem dua ke atas dia dah boleh catch up

      Padam
  16. Salam, maaf bertanya. Saya berminat mahu menjadi software Engineer. Dan saya cuma ada Diploma in Science dari UPSI(bukan Diploma Sains Komputer). PNGK saya cuma 2.60.

    Soalan saya: Layak ke saya untuk apply Ijazah ni?
    Sebab saya lihat kelayakan Diploma yang layak memohon hanya Diploma Sains Komputer, Teknologi Maklumat, dan seumpamanya. :(

    Saya baca syarat kelayakan tersebut di sini: https://www.upsi.edu.my/wp-content/uploads/2022/dokumen/BUKU_PANDUAN_DAN_SYARAT_KEMASUKAN_2022.pdf

    Saya benar-benar berminat mahu pursue Software Engineer, tapi saya tak pasti kalau Diploma saya ini layak atau tidak.
    Orang kata saya boleh je pursue Ijazah Matematik. Saya keliru dan buntu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, boleh apply dulu dan insyaallah kalau ada rezeki boleh ambil program ni. Akan tetapi, kalau tak dapat still boleh usaha jadi software engineer kerana mostly platform untuk belajar coding language banyak di luar sana dan kebanyakannya adalah percuma. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kawan saya yang persue Ijazah Fizik pun mampu untuk coding aplikasi untuk membantu pelajar dalam subjek tersebut. Maksudnya untuk jadi Software Engineer ini tidak terhad kepada kos. Cuma yang membezakan antara orang yang ambil kos ini dengan yang tidak ambil adalah pengetahuan tentang bagaimana nak handle satu-satu projek yang diberikan oleh client dengan lebih sistematik.

      Padam
  17. Assalamualaikum kak, nak tanya kat seronok ke study course ni di UPSI dan banyak tak belanja untuk sara hidup, lepastu.... Macam mana dengan kolej/asrama berapa bayaran utk keseluruhan hingga tamat pengajian dan ada peluang ke utk stay kolej sehingga tamat pengajian ijazah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, pertama kali untuk merasakan keseronokan dalam membuat satu-satu perkara ni kita kena ada rasa perasaan nak buat sesuatu tu. Mahupun pada permulaannya secara paksa tapi lama kelamaan kalau kita dah mula selesa teruskan aja dengan apa yang kita mahukan. Kalau pendapat saya, saya memang nak dan enjoy course ni dari awal walaupun agak sukar sedikit mostly sebab penggunaan bahasa inggeris tapi lama-kelamaan akan terbiasa. Untuk sara hidup kat Tanjung Malim boleh dikira rendah jugakla. Saya mostly habis dalam RM10-20 sehari. Untuk Asrama saya kurang pasti berapa yang sekarang punya tapi masa saya around RM600 something like that. Masa saya sem dua dan ke atas, saya pindah ke rumah sewa sebab memang rancang duk kat luar and sewa around RM690 - RM750 satu sem(kena pandai cari kalau nak murah lagi). Untuk kekal di Asrama just join activity and jadi exco, Insyaallah dapat kekal.

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam